Yang belum ganti puasa..sila lah berbuat demikian ye..hee
Yang da abes..mari berpuasa sunat... sama2 lah kita mencari keredhaanNya...
Sambil2 tu..jom kita renungkan balik peristiwa Israk dan Mikraj... :)
PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1).
Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1).
Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada
perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat
al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana
yang digambarkan oleh Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18).
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18).
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa
peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi
Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah
Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit
sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu
kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.
SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).
Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).
Musibah yang menimpa itu mempunyai
pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan
ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan
diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke
Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia
membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana
penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda
malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.
Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke
Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala
menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur
dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini
adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di
atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.
PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ
Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.
Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad
S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait
al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada
para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah
dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu
bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah
itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan
tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari
Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril
A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.
KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ
Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:
Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:
Baginda melihat orang yang bercucuktanam
mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang
membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
Baginda mencium bau yang amat wangi dari
kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun
maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan
nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain
bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah.
Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh
Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan
pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke
dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang
sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan
anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan
kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut:
Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab
dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang
benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera
mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku
mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua
tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas
Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.
Baginda melihat sekumpulan manusia
berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput.
Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan
tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang
mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan
berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan
riba.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang
asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga
terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran
manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka
sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.
Baginda turut melihat sekumpulan manusia
yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang
terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan
kewajipan bersolat.
Baginda melihat sekumpulan manusia yang
memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia
yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila
berkata-kata.
Baginda melihat wanita menangis sambil
meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran
balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
Baginda melihat wanita tergantung pada
rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran
balasan wanita yang tidak menutup auratnya.
Baginda melihat wanita berkepala seperti
babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan.
Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan
jiran dan membuat dusta.
DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU
DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU
Daripada pelbagai kejadian yang
disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat
besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu
perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.
Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka
Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah
melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari
semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara
baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.
Pada masa inilah baginda bertemu dengan
Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah
mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata:
Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana
bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.
Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali
mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan
kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi
Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta
dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad
S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala
telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.
Apabila kembali semula maka Nabi Musa
A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk
melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan
bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya
mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk
berdepan dengan Allah Taala.
PERTIKAIAN KAFIR QURAISY
Tiada alasan untuk menolak hakikat
peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh
dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh
Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar
biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa
maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi
perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu
sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi
naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan
mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang.
Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian
menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad
Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui
bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya
sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak
menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang
mendakwa sedemikian rupa.
Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu
sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya
orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran
ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa
serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan
dengan masjid tersebut.
Pertanyaan kafir Quraisy mengenai
keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi
Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak
pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua
pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan
bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini
sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan
bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid
al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa
membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.
Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi
Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar
dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua
rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya
terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba
hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke
hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat
melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda
menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.
Orang yang beriman akan terus beriman
dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak
beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah
dibentangkan di depan mata.
:)
~
2 comments:
sebenarnye kita yang biarkan bulan tu pergi tanpa berbuat apa2... huhuhuh
kejap nye masa berlalu..tup3 dah nk msuk ramadan dah pn..pa2pn tahun ni puan pepel lalui ramadan dgn en suami yer =)
Post a Comment