nuff header

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

Cinta vs Kawan


Senyum. entah kenapa..tetiba hal ni bermain-main kat minda aku hari ni.. teringat kesah sorang kawan..
aku : sejak ada kekasih dah taknak kuar same kitorang lagi ye
kawan : mana ada... kan aku kuar jugak ngn korang
aku : kuar sebab nak cari alasan lepaskn diri dari soalan mak ayah kat rumah kan? lepas 5 minit jumpa kawan.. pegi ke mana?
kawan : err... ye la...ko tak sayang 'dia'..mana ko tau rasa bercinta.
'dia' di atas adalah cinta monyet zaman dulu kala
aku : bercinta sampai lupakan kawan?
kawan : aku tak perlukan kawan pun.cukup ada dia.
aku : jangan riak. sampai masa ko akan sedar pentingnya kawan.



*****

kawan : wei..buat pe tu? amboi,..lama menyepi
aku : ko sape eh?
kawan : buat tak kenal lak.sampai hati.macam ni la kan kawan.
aku : ko ada kawan ke?
kawan : ko kan kawan aku.
aku : ko kan tak perlukan kawan.ko kan ada kekasih.
kawan: da putus.
aku : da agak.
kawan : napa cakap macam tu?
aku: sebab ko datang cari aku.
kawan : aku tau aku silap
aku : nak ape datang ni?
kawan : aku sunyi.sedih.

aku : eh..kan cukup ko ada dia,.tak perlu kawan kan?
kawan : jangan la cakap macam tu.aku sedih ni...
aku : bukan aku yang cakap.ko yang cakap.aku cuma ulang.
kawan : oke.aku silap. aku mintak maaf.
aku : masa susah saja cari.macam ni ke kawan?
kawan : sori :(
aku : dah la..tak payah nangis.malas aku layan.dah.jom g minum.aku belanja.

*nah,,amek ko sebijik

******

kawan bukan sekadar teman masa susah. penyeri waktu sunyi. penghibur kala sepi
kawan tempat berkongsi senyuman. bahu melepaskan kesedihan.
bagi aku.kalau disuruh memilih antara kawan dan cinta
sungguh aku akan jadi insan paling keliru.jadi jangan suruh aku memilih
aku tak nafikan.cinta dia buat aku rasa dunia ni terlalu indah.
dia tempat aku berkongsi kegembiraan
dia tempat aku luahkan kesedihan
dia tempat aku luruhkan penat bekerja seharian.
dia juga yang menghadiahkan senyuman
indah.dia buat aku rasa sempurna


tapi.aku tak mungkin kuat tanpa kawan kawan.
dorang teman waktu suka.dorang sahabat kala duka.
kadang kadang..ada perkara yang tak boleh dikongsikan bersama kekasih
ada sesuatu yang tak dapat dirasa bersama kekasih
kawan kawan penting dalam idup aku
apa ko ingat ko boleh buat suma benda sorang sorang?
setakat nak crita kisah sedih baru cari kawan.
hey,...jangan berani letakkn diri sebagai kawan.


kawan itu saling memerlukan.


~

16 comments:

HaiDa HiDa said...

pernah alaminya.. tapi x der makna kita berdendam kan.. kawan tuk selamanya.. mgkin masa tu kawan terlalu ghairah bercinta ngan si dia.. tpi, kita kawan tak nak lawan.. masih maafkan dan sentiasa menerima kehadiran kawan2.. :)

faRa_diLa said...

like this entry. bermakna.

HonEyBuNNy said...

like banyak2 juga.....berkesan dalam jiwa ne...hehhe

Miss Kira said...

x suka klau kwn tggl kwn just sbb bf...

ch!natsu said...

oh2 terpana di hati..
nice entry mira.. =)

Pocket said...

tiga cara nak kenal kawan,
bermuamalah ngan dia,
mengembara ngan dia,
bermalam ngan dia,

baru la tau dia kedkut ker tak.
baru la tau dia pura pura ke tak.
baru la tau dia berdengkur ke tak ..
hahahah:)

lieya orange M.I. said...

huhuu..betul2...susah nak cari kawan yg baik sekarang nih...
kalau kita dah jumpa kawan baik kita, jgnlah lupa kat dia bila kita jumpa bf baru.. :D

lieya orange M.I. said...

ehh, katun kotak2 tu comel lah..buat sendiri ker??

Cz Aina said...

kwn lbh penting dr bf..
for me...
my bff sentiase ade dan paham situasi i,,
bkn beerti bf tu xbole paham situasi,
tp kdg kala, die xperlu utk tau segalanya lbh dr bff...
ble kte di dpn bf,'kte secara xlangsung menjadi sgt plastic..
tp ble dpn bff...
itulah diri kte yg sebenar..

ciK LyndaWawa igUana said...

katun kotak 2 tu mane dapat ye?

Jejentik said...

biasanya macam tu la...
orang kalau dh ada bf ni lain sikit,
masa dia dengan member memang akan kurang, kalau break up baru selalu lepak sama2..

FaTiN said...

saya pun selalu kena keadaan macam ni.antara orang yang kita sayang dan kawan-kawan.tak semua benda boleh share dengan kawan dan tak semua perkara boleh share dgn si dia.kena fikir utk semua pihak, after all , kerana mereka semua hari-hari saya ceria :)

fathiahRAIHANA said...

suka r box tuu . comel :D

Adila said...

salam ziarah
kwn ni bila sound skali camtu, sama ada dia try nak kwn jgak or dia blah je camtu hihihi

ada kwn sy sorg, sy sound dia camtu, so skrg ni slalu je dia bertegur sapa tanya khabar walaupun xde gossip panas oops! :P

tot tot kecik said...

salam..



tapi xsemua kawan bermakna..maaf bukan dituju kpd semua kawan tetapi kepada sesetengah kawan yg hanya memilih kawan..


tp kpd kawan yg btol2 kawan, kamu mmg sgt2 diperlukan xkire masa dan tempat.. :)

sayang kawan..

shazmonaz said...

pikir2, berkawan lagi bagus dari ada GF/BF

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!