nuff header

Sunday, August 22, 2010

Hargai apa yang kita ada..







Semalam awak tanya saya
"awak sayang saya tak"
saya jawab, " sayang..."
awak tarik muncung
awak kata saya jawab tak ikhlas!

Hari ni awak tanya lagi
"kalau saya jadi bunga,awak nak jadi apa?"
Saya jawab " saya akan jadi tukang kebunnya"
Awak merajuk lagi
Awak kata saya tak romantik
Hari ni besday awak
Tapi saya terlupa...
Saya betul-betul tak sengaja
Saya terlalu sibuk dengan urusan kerja
Maafkan saya..
Saya dapat sms
Awak bagitau kawan lama awak add awak kat fesbuk..
saya buat biasa je..
kawan la...saya tak marah pun..
tapi sebenarnya saya cemburu skit..
Cuma saya taknak cakap je..
Hari ni awak mintak izin keluar jumpa si dia
Saya kata " nak buat apa?"
Awak merajuk.Awak kata saya tak sporting...
Baiklah...pergilah...
Saya tak ada hak nak halang awak..
Masuk hari ni da seminggu awak menyepi
Saya call awak dari minggu lepas..
tapi satu pun awak tak angkat..
Awak ke mana?
Saya risau tau tak?
Saya nekad
Hari ni saya datang rumah awak cari awak
Mak awak kata awak takde
Tapi saya nampak kasut awak
Sampai hati mak awak bohong saya
Malam tu awak call
Awak mintak putus
Awak kata awak nak bersama dia
Puas saya merayu, tapi awak tetap nak pergi
Saya tak tau nak cakap macam mana lagi..
Setiap hari saya perhati awak dari jauh
Saya takut awak tersalah langkah
Saya taknak si dia amek kesempatan kat awak
Saya sayangkan awak..
sama macam dulu..
tak pernah berubah..
Hari ni saya dapat tau awak eksideen
Bergegas saya ke hospital
Doktor kata mata awak tertusuk kaca
Awak da tak boleh nak melihat
Ya Allah
sedihnya saya
Boyfren awak hilang entah ke mana
Mungkin dia tak suka girlfren buta
tapi tak mengapa
awak jangan sedih ya?
Kan saya ada?..
Doktor kata mata awak perlukan penderma..
Pembedahan menelan belanja..
Maafkan saya..
Duit titik peluh saya selama ni untuk mengahwini awak
Terpaksa saya guna untuk pembedahan mata awak..
Saya nak awak sembuh..
Hari ni awak dah boleh melihat..
syukurlah..Lega hati saya..
Saya harap lepas ni awak hati-hati..
Saya dah tak dapat nak jaga awak lagi..
Ya.memang saya tak romantik..
memang saya selalu pelupa..
Memang saya selalu banyak kerja..
Tapi percayalah..
Saya sayang awak..
Lebih dari segala-galanya...


fully credit to
http://zackzukhairi.blogspot.com/

~~~~~~~~~~


4 comments:

aien said...

sangat sweet kan?

i like.. hehe

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Zack dan kartunnya dah jadi satu fenomena.. Heehee.. Sweet jek. :)

Unknown said...

sweet..hehee

ezzu said...

romantik gile...hehehehe...

Daisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!