nuff header

Thursday, July 7, 2011

BERSIH





SALAM.

Skang ni pegi kat mana-mana pun orang crita pasal perhimpunan Kuning ni..
kat skolah tadi pun kami siap ada perhimpunan Khas untuk menjelaskan kepada pelajar pasal perhimpunan bersih ni.. (aku rasa mcm lebih kepada guru2...ngee~  )PK Hem membacakan utusan drpd kementerian dan pelajar mendengar dengan 'tekun'...




dalam kekalutan ni..kami turut mengadakan satu lagi perhimpunan BERSIH..dimana perhimpunan ni adalah untuk membersihkan hati..jiwa...dan fikiran pelajar-pelajar perempuan yang mempunyai masalah sosial dan disiplin..ok...tema perhimpunan kami bukan kuning..tapi hijau...hehe...percayalah ini bukan suratan tapi kebetulan.....


tujuan unit bimbingan dan kaunseling dgn kerjasama unit disiplin skolah mengadakan program ni adalah untuk mendedahkan dan menjelaskan kepada pelajar ,punca dan kesan masalah sosial serta usaha membendung masalah ni... Program Tautan Mahabbah ni lebih menjurus kepada masalah couple..rogol...lari dari rumah..gugur kandungan..dan pembuangan bayi......


(da rasa macam buat laporan dan dokumentasi program dah ni...)

rumusan yang aku bleh buat stakat ni...
jelas.

PELAJAR KURANG DIDIKAN AGAMA~

apabila seorang penceramah daripada JKM tanya...

"berapa orang yang solat subuh pagi tadi?"

daripada 58 pelajar yang ada....






hanya SEORANG pelajar yang angkat tangan..

guru-guru yang terlibat dengan program ni terlopong. sambil beristgihfar byk2...


dan bila penceramah bertanya....

"berapa orang yang nak berjanji dengan saya.....balik nanti dia akan sembahyang zohor?"

pelajar saling memandang

dan selepas beberapa saat..hanya suku daripada 58 orang yang angkat tangan.
sekali lagi kami istighfar.


cukuplah aku ceritakan tiangnya...binaannyaa boleh ditafsir sendiri.





~

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!