nuff header

Friday, January 7, 2011

Pakej dan Berjemaah

Salam

Hari terakhir dalam minggu pertama persekolahan.
Proses menyesuaikan diri dengan beberapa kelas yang masih baru diajar tahun ni.
bagi yang da bese, dorang kenal aku cemana.
Bila aku mula menyesuaikan diri..secara otometiknya..pelajar kena mula menyesuaikan diri dengan aku.

Cara aku mudah
Pelajar baik.aku baik.
Pelajar samseng.aku samseng.

Lu nak tunjuk gangster? Meh tunjuk ngan Mafia ni.

hari ni aje.da 4 orang cikgu tanya aku.
"macam mana handle budak2 3E tu ek? saya da buat macam-macam tapi tak diam pun"

aku senyum je.
dan petik jari macam orang berlagak.
ok.aku memang suka beraksi bajet bagus.

masuk kelas.pastikan semua tie pelajar lelaki kemas.
tudung pelajar pompuan dilipat dengan baik.kalau huduh.aku lipatkan.lebih 'kemas'.
tak bawa buku teks.berdiri dan hulur tangan dengan bahagian kuku menghadap ke atas.
tak sakit pun.senjata aku cuma sebatang marker pen.ketuk pada kuku.
(aku cuba kat diri sendiri.oh sakit rupanya.patotla sorang je yang tak bawa buku tadi)
kalau kelas bising berserta huru hara macam gempa bumi.aku cuma cakap.
"DIAM KALAU AWAK NAK SELAMAT" saiko kot cakap camni.da macam datuk yusop haslam la pulak dalam gerak khas.eh.ade ke.
berbekal sijil sarjan kadet remaja sekolah dulu.korang harus tahu kekuatan suara aku.
aku tempik je.sume kertas terbang.ok.over.sila jangan caya.
tapi besenya kuasa suara aku berkesan.mudah je kot mendiamkan dorang.


Pelajar pelajar 3E ni mudah.suruh salin.mesti salin dengan penuh semangat.
suruh jawab.mesti berkicau macam burung pulang petang.sebab dorang tak reti.
kelas kedua terakhir di sekolah yang prestasinya ketiga tercorot dalam negeri.
sila agak tahap pemikiran dan otak dorang.haruslah serasi dengan kelas yang diduduki.



berbeza dengan kelas yang agak pandai.
mereka rasa mereka bijak.
buat kerja atau latihan secara pakej dan berjemaah.
apa yang pakejnya?
bila mula menulis atau menjawab soalan.mulut dorang dengan otometiknya bersuara.
asal tulis je.mulut buka sekali. agaknya saraf menulis da digabungkan dengan  bercakap.
tulis je cakap.cakap je tulis.
apa yang berjemaah?
satu kelas sama perangai.sepakat.bercakap secara berjemaah.sume bajet genius.boleh buat dua kerja satu masa.sudahnya. kerja lambat siap. jawapan salah la pulak.

time blaja lagi kaco.kita bercakap.dia nak bercakap.
masa suruh jawab,mula la tak tahu jawapan.

tapi besela..aku kan suka beraksi bajet bagus.

aku hentak buku teks ke meja sambil pandang setiap budak2 yang tak berenti bercakap.

kelepang!!!!!!!!!!!(bunyi buku teks dihentak)

"lu nak cakap ke...gua nak cakap" tanya dengan gaya kening ziana zain.berkerut beb.terangkat sebelah tu

terus diam sampai abes masa.
ok.tak susah pun.


tetibe aku rasa macam Yankumi lam cite Gokusen plak..ngee~

~

16 comments:

said...

garang gak cikgu pepel nih

hehehhehe

(^^,)

hans said...

cikgu disiplin ker nih?
hehehehehe

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Anisa said...

wah
hebat lah kak pepel..
(:
mesti murid2 dgr kate tuu

Fairuz said...

ehem ehemmm...

dengan ini, saya mencadangkan agar cikgu merr dilantik menjadi guru disiplin di sekolah ini merangkap guru muda harapan negeri.

saya yakin, dengan kebolehan beliau dalam menjadikan para pelajar beliau takut akan beliau sehinggakan nak kentut pun terpaksa tahan sampai abes masa ini mampu menjadikan sekolah kita lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

mungkin pada tahun ini kelas yang ketiga tercorot di negeri ini mampu kita jadikan sebagai kelas ketiga dari depan.

oleh itu, diharap dengan cadangan saya ini disokong sebulat suara seperti bulatnya cikgu merr kita ini oleh setiap pihak. sudaah, jangan bantah², karang cikgu merr hentak laptop dia kat kepala lu orang, boleh pecah beb.

tu belum masuk kes dia nak ugut geletek lu orang sampai menangis keluar hingus.

jadi, sila undi cikgu merr sebagai guru disiplin.

~

ah, lama tak merepek..haha

aqeyLs said...

rock gler cikgu neyh!! cayalah=p

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hoooooo.. Dahsyat!!!! Rasa macam GTO plak tapi versi perempuan.. Eh.. Boleh ke? ;)

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

dolu pernah kene halau dengan cikgu pompuan..... ntah le.... nak kata aku nih nakal.. idok juga... tp agaknye cikgu tu frust kot.. nak takle aku.... tak dapat²... tu pasal la asal kelas dia je.... aku selalu kene denda...

hensem sangat ke aku nih.....

huhuhuhuhuhuhuhu

MOMMY CGG said...

waa

cikgu:)
salute la..

ch!natsu said...

haha terbaikla ko mira.. salute abes aku.. hehe~

Unknown said...

salam miera~

hehehe.. memang mafia ar... tabik spring wat cikgu yang mafia tapi mantain cumel... :)

lieya orange M.I. said...

cikgu garang nih...heheee
saraf mulut mmg susah nak berhenti agaknyer..hihiii

said...

chantek rambut yankumi tu

hehehheh

ILA HonEyBuNNy said...

fuhh...cikgu mmg garang la..hehehhe

Anonymous said...

mantap cikgu ni. aku tau suara kau mcmne. teringat masa kawad kakom dulu. haha.

2R said...

hohol..cikgu mira yg ganas..mmg tabik spring ler..dpt mengecutkan perot stdent3 yg ketegaq tu hehe..klo jd stdnt mmg tora pn kecut =)

Azuan said...

suka yankumi gokusen nih...huhu

Daisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!