nuff header

Friday, August 12, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

ni hape kes plak mau menjiwang di hari jumaat yang begitu sejuk lagi damai ni..
haha... macam biasa..tajuk bunga bunga chenta ni cuma terbit kalau aku baru,sedang atau habis baca novel...

situasi sekarang adalah yg ketiga
baru setel baca novel bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu hasil penulisan Siti Rosmizah
kalau agak2 korang nak menikah ke..nk beraya ke esok...
sila jangan baca buku ni
mau seminggu bengkak mata tak hilang..
penat gak nak habiskan 800 mukasurat ni..
tisu aku da sekotak habis..
aku rasa publisher kena wat promotion..
beli novel ni dapat sekotak tisu
hah...bernas tak?

kalau rasa2 duk dikhalayak ramai pun jangan baca jugak
sebab takut orang kata korang sewel plak
tengah menangis bagai nak rak.
tetiba ko gelak gelak...
eh...da macam pantun la pulak kan...


aku ada cilok sinosisnya dari SINI..

korang baca la ye..
kalau teringin cepat2 pegi beli..
jangan tunggu dekat raya..
nanti kena mekap tebal nak cover kebengkakan mata..

SINOPSIS

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, untuk memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang bapanya, Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka kerana pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya?. Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya?. Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?.

Novel ini telah menduduki carta TOP 10 di Kedai Buku Popular. Tema kasih sayang, kekeluargaan dan persahabatan sangat sinonim dengan novel-novel karya Siti Rosmizah sebelum ini. Plotnya mudah dicerna dan mengikut kronologi. Permulaan cerita mengisahkan tentang penderitaan Tengku Aqilah yang dilayan seperti anak tiri oleh papa dan kakak kandungnya sendiri. Plot dikembangkan dengan pemergian Tengku Aqilah yang menyambung pelajarannya ke luar negara. Setelah selesai belajar, Tengku Aqilah pun pulang dan tinggal di rumah keluarganya. Berbagai masalah, ujian dan cabaran berlaku selepas Tengku Aqilah menerima tawaran dari kakaknya iaitu Tengku Natasha untuk bekerja dalam syarikat milik keluarganya.

Novel ini sangat sesuai dibaca kepada sesiapa yang meminati kisah-kisah cinta romantis. Banyak terdapat dialog dan ragam lucu yang membuatkan pembaca tersenyum dan ketawa geli hati. Walaupun adegan sedih banyak terdapat di dalam novel ini, namun jalan ceritanya diseimbangkan dengan aksi-aksi lawak jenaka yang membuatkan pembaca tidak sempat untuk melayani perasaan sedih mereka. Novel ini sesuai untuk pembaca yang ingin merehatkan minda mereka dari membaca bahan-bahan ilmiah. Selain ianya menghiburkan, terdapat juga nilai-nilai murni yang boleh kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.

~

2 comments:

Daisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!