Termenung...masih memandang hari hari di belakang... mengenang kembali mimpi mimpi yang pernah menghiasi diri... hari ini bukan seperti apa yang kita impikan semalam... hari esok juga belum menjanjikan segala impian jadi kenyataan... apa kau fikir kau Tuhan mahu merencanakan seluruh kehidupan..mengatur perjalanan yang tak tau bila akan tiba penghujungnya.. kita cuma manusia... menumpang...sekadar menumpang di celah celah dunia... siapa kata salah untuk kita merancang..tak..sikit pun tak salah... cuma kita kena belajar menerima.. yang dirancang bukanlah apa yang bakal terjadi...
Menjadi seorang guru yang memegang rotan di tangan termasuk dalam senarai??
Tidak.mungkin cita cita zaman kanak kanak ketika alam tadika.. kerana itu sahaja pekerjaan yang aku dapat lihat ketika itu..
impian menjadi seorang Phamacist yang bergelumang dengan ubat ubatan hanya tinggal impian...
kerana ternyata perhitungan Allah adalah yang terbaek... Dia yang Maha Mengetahui... guru adalah yang terbaek buat aku... pendidik adalah sesuai dengan jiwa aku... Cikgu adalah panggilan yang tepat untuk aku...
Kembali ke bumi Langkawi setelah bertahun ditinggalkan? tiada dalam senarai perancangan..
bermimpi berkerja di bandar besar.. mendengar hiruk pikuk kota... merasa cabaran dunia metropolitan..ya..itu impian aku...
tapi sekali lagi.... Allah itu Maha Besar...
di sini aku berdiri.
mendengar deru angin pantai yang mendamaikan
memandang sawah padi yang menenangkan
melihat langit yang terang dihiasi awan.
sesungguhnya,...kita hanya merancang....Allah juga merancang..tapi perancangan Dia adalah sebaik baik perancangan...
~renung-renungkan..........~
~
7 comments:
...dan saya sedang merenungkan.
dulu impian saya lain dan kini yang berlaku juga berbeza dengan impian2.
realiti sebuah kehidupan..
mari kita renungkan bersama.
penentuan Allah adalah yg terbaik untuk hambaNYA
(:
all the best cikgu..
hik3..aku ni..jadi isteri sepenuh masa....haha..poket kosong..hmm xtau la lepas ni apa..blog aku malaun hentam aku..hampeh..sembunyi id..pengecut..
apa saja yang Tuhan dah tetapkan untuk kita, itu yang terbaik..redha ;)
ya kita perlu redha....Allah tahu yg terbaik untuk kita...;-)
nak jadi suri rumah termasuk dalam perancangan tak?
biarkan mereka bergaduh, asal kita tak gaduh.kan cik pepel..haha
Post a Comment