nuff header

Monday, February 14, 2011

~setiap yang terbaik untukku..tak semuanya yang ku mahu~

Meniti hidup sebagai seorang hamba bukanlah mudah. Untuk bernafas dalam jiwa hamba banyak dugaannya. Makin kita cuba untuk meraih cintaNya, makin kita diuji. Kadangkala ujian itu menerpa sewaktu kita dalam alpa agar kita kembali ke jalanNya. Adakalanya Allah memakbulkan hajat kita tetapi diiringi dengan ujian yang lain. Kerana hakikat ujian adalah tarbiah dan nikmat buat hambaNya.
Mengapa? Hanyalah untuk kita berasa syukur padaNya dan tidak lupa pada keagunganNya. Namun yakinlah setiap ujian yang datang itu adalah mengikut kemampuan hambaNya. Mungkin kita merasakan diri terlalu lemah dan tidak mampu lagi untuk mengharungi mehnah-mehnah duniawi, tapi yakinlah andai kita bersabar dan redha, kasih sayang Allah pasti mengiringi. Yang pasti setiap hamba itu, jalan yang harus dilalui untuk menuju syurga Allah berbeza-beza. Makin sayang Allah pada kita makin banyak rintangan yang dihamparkan hanyalah untuk kita mengakui diri ini sebagai hambaNya.

Ya Allah dalam menempuhi ujian ini..
ku sedar betapa kerdilnya diriku..
ku tahu Ya Allah Engkaulah yang menghamparkan bahagia dalam setiap hati hambaMu..
namun Engkau juga berhak untuk mengambilnya dan mengutuskan duka.
Ya Allah walaupun kadangkala ketika diuji..hatiku gusar..hatiku goyah…namun
disegenap ruang rasaku telah Kau titipkan kekuatan. Ku tahu Ya Allah inilah kasihMu…inilah jua cintaMu dan ku tahu Ya Allah setiap yang terbaik untukku..tak semuanya yang ku mahu tapi ku harus terima dengan hati yang redha.
Di ribaanMu Ya Allah terhimpun segala harapan dan impian…hanya kepadaMu jua diadukan keresahan dan tangisan..
“Ya Allah ku pohon andai ini jalanku untuk ke syurga, ku redha dengan segala ketentuanMu, namun tetapkanlah hatiku pada keagunganMu ya Rabb"

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!