nuff header

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 24, 2011

Saya ada adik bongsu baru

homai.pengsan mak kalau baca tajuk ni.haha. abah lebih2 lagi...koma seminggu kalau baca.mana datang pulak adik bongsu baru ni kan.
haha.dah korang jangan nak percaya.
tadi aku da g jumpa cik ke puan doktor tah.
beliau dengan ini telah mengesahkan bahawa aku mengalami kesan gigi bongsu terimpak.
gigi bongsu aku ada.tapi malu lite2 cam aku gak..
bleh pulak bersembunyi bawah gusi lembut aku.
taknak kuar plak dia.haish. kalau tak memberi masalah takpe..
tapi nyatanya adalah tidak.sakit woi. da bengkak da gusi aku ni.
jangankan nak telan nasi.nak telan air liur pun sakit.
ubat tahan sakit yang doktor bagi ni pn macam tak berapa nak memberi kesan.
terasa lagi nyut2 ni..hmmmm...

meh kita kongsi info sket pasal gigi bongsu terimpak ni..

Info Sihat : Gigi Bongsu

Latar belakangWisdom Tooth
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.


Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin. Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
  • (a) Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    - gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).

(b) Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut. 



~~~doktor cakap...kalau pasni masih sakit lagi... kena la wat minor surgery...huwaaaaa! nak makan ketupat!nak makan rendang!


~

6 comments:

Pocket said...

pocket dah! (Tua kah kita?)
seminggu makan bubur, quaker oat, air buah yg diblender ngan sayur.

pasal solid food tak leh nak mkn.. uuu

ciK LyndaWawa igUana said...

ala..da gigi susu rupanya..hehehe

afqafq said...

sian nye kak merr,
slalu pape kesakitan kat gigi memang azab giler kan?
tpaksa makan mashed potato je seminggu! heh

afqafq said...

sian nye kak merr,
slalu pape kesakitan kat gigi memang azab giler kan?
tpaksa makan mashed potato je seminggu! heh

ipa faiza~ said...

nafas berbau??


patut smpai blog aku~~



kui3.
gurau2. raye kang mintak maaf :)

ILA HonEyBuNNy said...

ramai orang cakap sakit..hehe.

ciannya....moga cepat hilang sakit gg tu..;-)

nanti nak raya dah..macam2 juadah nak makan..ehhe

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

jom singgah balik!